Pengenalan Kajian Tempatan Tahun 5
Kandungan pelajaran Tahun 5 terangkum dalam ruang liput ketiga iaitu Negara Kita.
Ruang liput ketiga ini memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia.
Pengalaman pembelajaran yang diperolehi melalui ruang liput tersebut dapat membentuk warganegara yang bersemangat patriotic dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Ruang liput bagi Tahun 5 ini terdiri daripada empat topik seperti yang berikut:
Topik 5 : Mengenal Negara Kita
Topik 6 : Keindahan Negara Kita
Topik 7 : Sejarah Negara Kita
Topik 8 : Masyarakat Malaysia
Objektif Kajian Tempatan bagi Tahun 5 adalah untuk membolehkan murid:
1. mengetahui lokasi Malaysia di Asia Tenggara dan di dunia;
2. mengetahui dan mengenali negeri-negeri dalam Malaysia;
3. mengetahui identiti negara untuk menyemai dan memupuk semangat cintakan tanah air;
4. mengenal ciri-ciri fizikal istimewa yang terdapat di negara kita;
5. mengetahui dan menghargai bangunan dan binaan di negara kita;
6. mengetahui keindahan tempat peranginan dan rekreasi di negara kita;
7. menyedari dan menghargai keunikan dan keindahan negara kita;
8. memupuk semangat cinta akan negara dan seterusnya berusaha mengekalkan alam semula jadi di negara kita;
9. mengenali perkembangan sejarah negara ini dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sejarah awal Sabah dan Sarawak, zaman penjajahan hingga kemerdekaan dan seterusnya penubuhan Malaysia;
10. mengetahui dan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh negara;
11. mengenali dan menghargai warisan sejarah negara kita;
12. menanam sikap berusaha memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita;
13. memupuk perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia dengan mengenal dan menghayati warisan sejarah kita;
14. mengenali masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan;
15. memahami taburan penduduk dan faktor-faktor yang mempengaruhinya;
16. menyedari keunikan masyarakat negara kita;
17. mengetahui dan menghargai kesenian Negara kita seperti permainan tradisional, pakaian tradisional, makanan tradisional dan seni mempertahankan diri; dan
18. memupuk sikap hormat–menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang harmonis.